PINJAMAN PERUMAHAN


Pinjaman perumahan terbahagi kepada 2 iaitu pinjaman perumahan kerajaan dan pinjaman perumahan bank


1) SKIM PINJAMAN PERUMAHAN KAKITANGAN KERAJAAN

Kakitangan Awam yang ingin memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan untuk harta/rumah yang dibeli di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak perlu berurusan dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awan (LPPSA)

1.
 Syarat-Syarat Asas 

 i.
Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap 

ii.
Warganegara Malaysia

iii.
Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara/tamat perkhidmatan 

iv.
Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun 

v.
Telah disahkan dalam jawatan

vi.
Bukan seorang muflis @ si berhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib

vii.
Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam

viii.
Pinjaman bersama suami dan isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri dan Pinjaman dua nama di dalam perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.


 CARA PENGIRAAN KELAYAKAN PINJAMAN KERAJAAN 


Kelayakan pinjaman

Anda perlu menyemak kelayakan pinjaman terlebih dahulu sebelum merangka pelan rumah.
(harga rumah bergantung kepada keluasan rumah yang hendak dibina)

Pinjaman terbahagi kepada 2 iaitu :

Pinjaman Kerajaan

a)    Semak jadual kelayakan pinjaman mengikut gaji pokok /gaji hakiki


Bil
Gaji Bulanan Hakiki (RM)
Kelayakan Pinjaman (RM)
1
999 dan ke bawah
120,000.00
2
1,000 ke 1,199
150,000.00
3
1,200 ke 1,499
210,000.00
4
1,500 ke 1,999
260,000.00
5
2,000 ke 2,499
320,000.00
6
2,500 ke 2,999
350,000.00
7
3,000 ke 3,499
400,000.00
8
3,500 ke 4,499
475,000.00
9
4,500 ke 5,499
500,000.00
10
5,500 ke 6,499
525,000.00
11
6,500 ke 8,499
562,000.00
12
8,500 ke atas
600,000.00




b)    Kelayakan pinjaman tidak boleh melebihi 70 % daripada gaji kasar.

Formula :(potongan dalam slip gaji + bakal potongan rumah)  x 100%  =70%
                                            Gaji kasar



Gaji pokok rm 4,171.46 & kelayakannya = rm 475, 000

Guna formula:

Formula :(potongan dalam slip gaji + bakal potongan rumah)  x 100%  =70%


                                            Gaji kasar



Potongan dalam slip gaji =rm 1,657.87

Gaji kasar (gaji pokok + elaun) = rm 5,021.46

Bakal potongan rumah = x

(1657.87 + x) x 100%  = 70 %
  5, 021.46

Bakal potongan rumah ( x ) = rm 1,857.15 



c)    Berapakah harga rumah untuk potongan RM 1,857.15 bagi pemohon lelaki berumur 35 tahun?

Harga rumah = bayaran bulan tidak melebihi RM 1,857.15








2) SKIM PINJAMAN PERUMAHAN BANK
  • Bank-bank tempatan menyediakan pinjaman perumahan, secara islam dan konvensional. Untuk membantu pembeli-pembeli yang tidak layak memohon pinjaman perumahan kerajaan disebabkan mereka bukan kakitangan kerajaan atau sebagainya.
Pinjaman Perumahan Konvensional:
  • Pinjaman Perumahan Konvensional merupakan sebahagian besar dari jumlah keseluruhan pinjaman perumahan di pasaran. Dalam Pinjaman Perumahan Konvensional peminjam  bersetuju membayar balik pinjaman sekali dengan faedah dalam jangka masa pinjaman yang ditentukan.
  • Kebiasanya bank mengenakan kadar faedah tetap atau boleh ubah.
Pinjaman Perumahan Islam
Konsep Pinjaman Perumahan Islam sedikit berbeza dengan Pinjaman Perumahan Konvensional.Perumahan Islam tidak berdasarkan faedah. Pembiayaan perumahan Islam di Malaysia biasanya terbahagi kepada dua jenis – Bai’ Bithaman Ajil (BBA) atau Musyarakah Mutanaqisah (MM).
  • Bai’ Bithaman Ajil (BBA)
Konsep pertama yang digunapakai  di Malaysia ketika kewangan Islam mula-mula diperkenalkan. Dalam pembiayaan perumahan BBA, bank mulanya membeli harta pada harga pasaran dan menjual semula kepada pelanggan pada harga yang dipersetujui.
Harga ini adalah harga pembelian harta tambah keuntungan bank. Bank dan pelanggannya kemudiannya bersetuju dengan satu jangka masa dan jumlah bayaran ansuran tanpa kadar faedah.
  • Musyarakah Mutanaqisah
Melalui konsep ini, bank dan pelanggan berkongsi modal untuk mendapatkan sesuatu aset. Melalui perkongsian ini pemilikan keatas aset ini menjadi pemilikan kedua belah pihak.Aset tersebut akan menjadi milik penuh pelanggan apabila selesai membayar kesemua bayaran pembiayaan dalam temph masa yang ditetapkan.



Pinjaman Bank
               Biasanya kelayakan pinjaman tidak melebihi 70 – 75% daripada gaji bersih.
b       Gaji bersih adalah gaji selepas ditolak dengan KWSP, SOCSO, PCB


Gaji pokok + elaun =  rm 5,021.46 (Gaji Kasar)
Potongan = RM 1657.87
Gaji bersih = rm 5, 021.46 – rm 1657.87
                  = rm 3, 363.59

Jika kelayakan pinjaman 75 % daripada gaji bersih,
Maka, jumlah potongan yang dibenarkan  75% x 3, 363.59 = rm 2, 522.70
Tetapi sekiranya peminjam mempunyai potongan lain seperti
Kereta = rm 500
Pinjaman peribadi = rm 400

Maka potongan bulanan pinjaman perumahan yang dibenarkan ialah
rm 2, 522.70 – (500 + 400) = rm 1, 622.70

Berapakah harga rumah yang layak dipohon untuk potongan sebanyak rm 1, 622.70



















    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan :

Catat Ulasan