TEAM PROFESSIONAL KAMI
Klient dan bakal
klient kami adalah penyebab kenapa kami berada dalam bidang ini. Dengan
campuran yang unik pengetahuan tentang pembinaan kediaman dan komersil, pasukan
yang berkelayakan kami mendekati setiap prospek secara profesional, konsisten
dan memberi tumpuan kepada perkhidmatan yang berkualiti.
Muhd Hafiz Bin Che Hamat
Operations Manager, Civil Engineering.
Hafiz Hamat sudah berada dalam bidang pembinaan selama 8 tahun,
mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pembinaan kediaman, juga aktif
dalam industry hartanah, komersial dan bidang civil construction. Mempunyai lesen
yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan CIDB. Kini, keutamaan difokuskan
secara total kepada pembinaan bangunan kediaman rakyat sekitar Negeri Kelantan.
Kepakaran beliau dalam mereka bentuk, menyelia dan membina projek turut
menyumbang kepada kelancaran dalam pembinaan sesebuah projek. Kehendak dan
kepuasan klient adalah menjadi satu matlamat yang wajib dicapai sebaik mungkin.
Nur Amalina Binti Halim
Administration & Compliance Manager, B.Sc (Hons)
Property Management, UTM
Amalina mempunyai pengalaman dalam bidang hartanah, mengambil bidang hartanah sewaktu ijazah di University Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Komited untuk memberikan sepenuh komitment untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti tinggi pada setiap masa. Dengan pengetahuan yang kukuh dalam pembangunan dan pengurusan kualiti, sentiasa memberi sepenuh perhatian untuk pembangunan syarikat kearah yang lebih cemerlang.
Mohd Faisal Bin Yaacob
Draughtman
Datang dari latarbelakang rekabentuk dan telah bekerja untuk
beberapa kontraktor di sekitar Kelantan. Telah merekabentuk lebih dari 100 buah
rumah disekitar kelantan. Beliau mempunyai pengalaman yang pelbagai dalam
kediaman dan industry pembinaan. Faisal mempunyai fungsi bersepadu untuk
bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi memastikan rekabentuk yang dibuat
memenuhi piawaian dan standard tertinggi.
Nik Mohd Azam Hakimi bin Yusoff
Project Manager, Civil Engineering
Azam mempunyai diploma dalam bidang kejuruteraan awam..
Beliau mempunyai pengalaman bekerja dalam pengurusan perniagaan kecil dan
memahami semua aspek perusahaan kecil. Dia gemar bekerja bersama-sama dan fokus
utama beliau menyampaikan projek-projek yang berkualiti dengan sokongan
pelanggan yang hebat dan kepuasan.
Amer
Interior designer, Dip In Interior Designer
Amer mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang interior designer. Pernah bekerja dengan G-Orange sebagai interior designer, dan telah mereka lebih dari 100 rekaan dalaman di seluruh Kelantan.
Nor Diana Zakaria
Bachelor of Business Administration (Hons) Marketing, UiTM - Intern Student
dianazakaria41@yahoo.com
Nur Diana menjalankan praktikal beliau selama 4 bulan di syarikat kami. menyumbang banyak tenaga dalam pembangunan syarikat terutama dalam bidang marketing dan pentadbiran syarikat.
Amer
Interior designer, Dip In Interior Designer
Amer mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang interior designer. Pernah bekerja dengan G-Orange sebagai interior designer, dan telah mereka lebih dari 100 rekaan dalaman di seluruh Kelantan.
Nor Diana Zakaria
Bachelor of Business Administration (Hons) Marketing, UiTM - Intern Student
dianazakaria41@yahoo.com
Nur Diana menjalankan praktikal beliau selama 4 bulan di syarikat kami. menyumbang banyak tenaga dalam pembangunan syarikat terutama dalam bidang marketing dan pentadbiran syarikat.
0 ulasan :
Catat Ulasan